kisah islami
SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH
 |
| Add caption |
Suatu ketika tatkala
Rasulullah s.a.w. sedang
bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang
lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui
Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan
akan ikut perang bersama
Rasulullah s.a.w. Amar
ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah
tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan
mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya,
walaupun dia oran
Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di
tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya
sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam
saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui
Rasulullah s.a.w. , menyatakan dirinya akan masuk
Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan
Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut
dibawanya.
g baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam,
ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti
aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.
Rasulullah s.a.w. menyambut
kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama
Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak
mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan
peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana
Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu
Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang
musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai
saatnya dia jatuh pengsan.
"Untuk apa ikut ke mari ya Amar?" Demikian tanya orang yang hairan
melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih
belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup
dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada
Allah s.w.t. dan Rasul-
Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang.
Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku
dalam waktu yang tidak lama lagi." Amar meninggal. Rohnya mengadap ke
hadrat
Illahi sebagai pahlawan syahid.
Waktu hal ini diketahui
Rasulullah s.a.w. ,
maka
Baginda s.a.w. pun bersabda,:
"Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya."
Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh
takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak
mengetahui hadith
Rasulullah s.a.w. berkata
kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga
sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap
Allah s.w.t.."
"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia
pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar
bin Thabit." Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga
demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para
sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan
yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui
Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju
ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan
mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama
Allah s.w.t. di medan perang. Maka
syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid.
Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang
seperti Amar ini.